MySiswaPlace platform agih bantuan pelajar

MySiswaPlace platform agih bantuan pelajar

MySiswaPlace
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Yayasan Perkasa Siswa (YPS) hari ini melancarkan sebuah platform baharu dikenali sebagai MySiswaPlace sebagai satu inisiatif ke arah digitalisasi.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, portal berkenaan akan menjadi platform untuk pelajar mendapatkan segala maklumat berkaitan gaya hidup masa kini dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran di kampus sepanjang pengajian mereka.

“MySiswaPlace merupakan satu platform yang diwujudkan untuk membantu para pelajar umpamanya menyalurkan bantuan baucar buku, jadi kita akan segerakan supaya pemberian ini dapat diagihkan kepada mereka.

“(Manakala) YPS ini adalah hasil daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang kita adakan dan ia diwakili oleh mereka. Sumbangan yang masuk kerajaan dalam yayasan ini akan diagihkan kepada pelajar yang memerlukan termasuk pelajar tidak berkemampuan yang memerlukan pembelaan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal MySiswaPlace di sini hari ini.

YPS dilantik KPT sebagai penyelaras bagi Pemberian Inisiatif Baucar Buku Fasa Kedua 2024 dan bagi tujuan tersebut, YPS telah membangunkan platform MySiswaPlace.

Perancangan jangka masa panjang MySiswaPlace turut melangkaui keperluan hanya untuk penebusan baucar dan pembelian buku.

Portal berkenaan juga bakal menjadi ‘One Stop Centre’ bagi mahasiswa dalam mendapatkan pelbagai bantuan dan geran daripada YPS secara atas talian di mana ia akan meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan penyaluran sumbangan kepada pelajar yang berkeperluan sepanjang pengajian di kampus.

Mahasiswa boleh menebus baucar dan membuat pembelian melalui laman web MySiswaPlace di www.mysiswaplace.my bermula esok pada pukul 10 pagi sehingga 31 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN