MyKid belum dituntut punca berlaku lambakan

MyKid belum dituntut punca berlaku lambakan

FAIZAH Jaarudin bersama pemenang Pertandingan Akhir Pidato JPN sempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 Peringkat Negeri di Auditorium JPN, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 30 peratus MyKid masih belum dituntut orang ramai yang telah membuat permohonan sebelum ini, lantas menyebabkan berlakunya lambakan.

Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Faizah Jaarudin berkata, ibu bapa boleh menuntut MyKid anak-anak di kesemua 210 pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara dengan menyemaknya di portal JPN terlebih dahulu.

Katanya, permohonan MyKid dibuka semula sejak 29 Julai lalu selepas masalah kekurangan bekalan cip bagi kad mentah telah diatasi.

“Isu 30 peratus yang telah memohon sebelum ini dan tidak mengambil MyKid masih wujud lagi dan kita memohon sesiapa yang pernah memohon sudah boleh membuat kutipan di mana-mana 210 pejabat JPN di seluruh negara.

“Pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN di www.jpn.gov.my sebelum hadir membuat kutipan di mana-mana pejabat JPN yang dipilih.

“Sebelum ini kita menghadapi masalah pengeluaran yang menyebabkan banyak permohonan tertangguh tetapi kini sudah diselesaikan,” katanya ketika ditemui pada Program Sambutan Hari Pendaftaran Negara Ke-76 Peringkat Negeri dan Pertandingan Akhir Pidato JPN di Auditorium JPN, Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Faizah, permohonan MyKad bagi kanak-kanak berusia 12 tahun di seluruh negara sepanjang tempoh Januari hingga September 2024 merekodkan peningkatan sebanyak 366,526 permohonan, berbanding hanya 349,520 permohonan untuk tempoh sama tahun lalu.

Jelasnya, trend itu menunjukkan tahap kesedaran masyarakat dalam membuat permohonan awal MyKad semakin meningkat.

“Pendaftaran lewat tidak sepatutnya berlaku kerana terdapat sebanyak 210 pejabat JPN di seluruh negara termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dibuka pada cuti hujung minggu serta kelepasan am,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya