Murid timba ilmu pendidikan kanser

Murid timba ilmu pendidikan kanser

GURU murid bersama kaki tangan Majlis Kanser Nasional yang menjayakan Projek Periwinkle Digital di Sekolah Kebangsaan Aur Gading, Lipis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Kanser Nasional (MAKNA) telah melancarkan Projek Periwinkle Digital untuk mempromosikan pendidikan kanser serta merapatkan jurang digital dalam kalangan murid luar bandar di Sekolah Kebangsaan (SK) Aur Gading, Lipis baru-baru ini. ,

Pengurus Besar MAKNA, Farahida Mohd Farid berkata, sempena projek tersebut, pihaknya memperkenalkan pendekatan ‘edu-gaming’ kepada murid di situ menerusi pendidikan kanser dengan menggabungkan teknologi realiti maya (VR).

“Gabungan konsep serta pendekatan dalam pembelajaran menerusi permainan yang immersive (mengasyikkan) berasaskan peralatan teknologi semasa mampu menarik minat murid serta lebih mudah kita menyerap pengetahuan mengenai kanser.

“Pendekatan ‘edu-gaming’ lebih mudah diakses dan menyeronokkan bagi kalangan murid. Pendekatan ini relevan diimplementasi di Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu populasi (murid) yang kecil serta menggunakan sumber digital yang terhad,” katanya di SK Aur Gading, Lipis baru-baru ini.

Majlis pelancaran Projek Periwinkle Digital disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), Lipis Hussaini Ibrahim dan Guru Besar SK Aur Gading, Arbaayah Shaari.

Menurut Farahida, menerusi projek itu, MAKNA menyediakan modul pendidikan kanser VR interaktif bagi membolehkan murid meneroka topik berkaitan dengan penyakit kanser dengan cara yang mudah serta menyeronokkan khususnya dalam kalangan golongan usia muda.

“Kita memfokuskan keberkesanan penyampaian maklumat kepada kelompok usia muda ini khususnya murid di sini kerana pendekatan dalam pendidikan ini menerusi permainan boleh menitip pemahaman sesuatu maklumat lebih jelas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN