MUIP sedia bantu bekas ahli GISBH bina hidup baharu

MUIP sedia bantu bekas ahli GISBH bina hidup baharu

ASMADI Abdul Rahman (dua, kiri) bersama pegawai MUIP menyantuni anak bekas ahli GISBH membeli barangan keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedia membantu bekas ahli GISB Holding (GISBH) yang berhasrat memulakan kehidupan baharu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitilmal dan Operasi) MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman berkata, mereka perlu hadir ke mana-mana pejabat cawangan MUIP yang ada di daerah atau kawasan berhampiran.

Menurutnya, kemudian pihaknya akan melakukan siasatan sebelum mereka perlu bersedia mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Mereka yang sebelum ini mempunyai pendapatan namun tiba-tiba berlaku keadaan disebaliknya termasuk terputus pendapatan, jadi mereka boleh datang ke pejabat majlis agama.

“Kita akan membantu namun setelah melalui siasatan yang terperinci. Kita juga akan dibantu jabatan-jabatan lain untuk kita pantau, ziarah dan sebagainya selepas kita membantu mereka nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni anak bekas ahli GISB membeli barangan keperluan sekolah di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Keenam-enam mereka yang merupakan adik-beradik berusia antara 13 hingga 17 tahun itu bakal memulakan pelajaran di dua buah sekolah arus perdana di Kuantan dan Pekan.

Mengulas lanjut, Dr. Asmadi berkata, bekas-bekas GISB juga berpeluang menerima pelbagai bantuan berbentuk kewangan dan kemudahan lain yang ada disediakan oleh MUIP.

Jelasnya, bekas ahli GISB perlu bebas daripada dakwaan mahkamah dan terbukti tiada kes lagi berkaitan dengan pertubuhan berkenaan.

“Mereka perlu mematahui syarat yang ditetapkan oleh MUIP dan wajib mengikuti kelas pemulihan anjuran kami secara berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya