PETALING JAYA: Pelakon, Eyra Hazali memaklumkan dirinya telah selamat menimang cahaya mata ketiga pada 26 September lalu.
Eyra yang memaklumkan dia menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah hantaran di Instagram turut berkongsi foto keluarga bersama suaminya yang juga pemain bola, Haziq Nadzli dan anak-anaknya.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, seeorang lagi Keeper Mama Papa lahir pada 26 September 2024 tepat pada pukul 5.43 petang.
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas ucapan dan doa,” katanya.
Dalam perkongsian lain, Eyra dan Haziq turut mendedahkan wajah anak ketiga mereka dan memilih Muhammad Hud Ezqandar sempena nama putera kesayangan mereka itu.
“Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar,” kata Haziq menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Untuk info, Eyra dan Haziq telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, Muhammad Endra Haqimie, 2, dan Muhammad Hud Ezqandar yang baru berusia lima hari. -UTUSAN