Mudah sangatkah Bella Astillah ‘jatuh hati’? - Utusan Malaysia

Mudah sangatkah Bella Astillah ‘jatuh hati’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN mudah menjadi Bella Astillah. Selepas bergelar ibu tunggal, gerak geri dan tingkah laku pelakon dan penyanyi ini menjadi tumpuan ramai.

Puas anak kelahiran Sandakan, Sabah ini digosipkan dan terlalu mudah juga Bella dikaitkan dengan mana-mana pelakon atau penyanyi.

Selepas pelakon Muaz Zabir, Bella kini dikatakan intim pula dengan penyanyi, Daniesh Suffian. Dakwaan timbul selepas penyanyi lagu Jaga Dia itu sering dilihat bersama Bella kebelakangan ini.

Bella yang ditemui semasa sidang media Konsert Sumandak Stars baru-baru ini tampil menjelaskan. Tiada hubungan cinta yang terjalin antara dia dan Daniesh.

“Kami digosipkan mungkin sebab kami akrab. Keluarga kami pula saling kenal dan baik antara satu sama lain. Perlu saya jelaskan di sini, kami hanya berkawan, malah sejak dahulu lagi.

“Dia sahabat yang sentiasa bersama saya, dalam keadaan saya bahagia, sedih atau terluka,” katanya.

Luaran, mungkin Bella kelihatan tenang. Tapi siapa tahu hati dan pera-saannya, apabila acap kali digosipkan dengan ramai lelaki.

“Ya, memang saya sedar, begitu mudah saya digosipkan dengan mana-mana artis yang bekerja dengan saya.

“Dulu, bila berjumpa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya dikatakan dengan yang berhormat pula.

“Selepas itu muncul pula cerita saya intim dengan Muaz dan sekarang bersama Daniesh. Buat masa ini, saya berkawan ramai. Saya tak pernah fikir jodoh saya selepas ini dengan siapa,” kongsinya.

PROFESIONAL

Timbul pula dakwaan yang mengatakan Bella sengaja mahu dilihat rapat dengan Daniesh gara-gara mahu menutup gosip intim dengan Muaz.

Mengucap panjang Dayang Nabellah Awang Astillah tatkala dimaklumkan khabar angin itu.

Jelas Bella, tiada istilah mahu menutup gosip, malah dia sendiri keliru bagaimana dakwaan sebegitu boleh diada-adakan.

“Astagfirulla-haladzim. Dengan Muaz, bukan dalam video muzik sahaja, malah ada lagi banyak projek yang membabitkan kami berdua.

“Saya tak faham, macam mana boleh timbul andaian saya intim dengan lelaki itu dan ini?

“Ingin saya tegaskan, dengan Daniesh mahupun Muaz, kami profesional. Saya terima berduet dengan Daniesh, mahupun berlakon dengan Muaz,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya