MUDA FEST rai semangat politik generasi baharu, tolak politik `usang’

MUDA FEST rai semangat politik generasi baharu, tolak politik `usang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MUDA FEST adalah platform inklusif bagi merayakan semangat generasi muda dalam mencipta politik disruptif di Malaysia dan menceritakan perjalanan Muda sejak ditubuhkan pada 17 September 2020.mmddţ

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam satu kenyataan berkata, festival ini bakal mengangkat dan meraikan semangat ahli-ahli MUDA daripada pelbagai latar belakang, termasuk usahawan muda, pembuat dasar, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan sosial, bekas pegawai kementerian, serta ahli badan pemikir dan penyelidik.

“Festival ini menggalakkan penyertaan NGO, gerakan anak muda, kolektif aktivis dan persatuan mahasiswa, menjadikannya sebuah platform inklusif untuk membina politik disruptif di Malaysia dan ia bukan sekadar langkah simbolik, tetapi juga tanda kebangkitan generasi baharu yang menolak politik usang dan bersedia memperjuangkan perubahan nyata bagi rakyat.

“Melalui festival MUDA, rakyat Malaysia dapat berkongsi idea, mendengar pelbagai pandangan dan memperkukuh tekad dalam mencipta masa depan yang lebih cerah bagi negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, festival tersebut juga untuk membuktikan bahawa MUDA bukan hanya sebuah parti politik biasa, tetapi merupakan parti politik digital yang menyatukan generasi anak muda yang berani menentang arus.

“Penubuhan MUDA adalah hasil daripada kekecewaan rakyat terhadap politik yang sering gagal memenuhi harapan. Peristiwa Langkah Sheraton pada Februari 2020, yang menggoncang kepercayaan rakyat terhadap integriti pemimpin, telah memberi ilham kepada penubuhan parti ini. Dari krisis tersebut, MUDA bangkit sebagai gerakan disruptif dalam politik tanah air.

“Penjenamaan semula logo MUDA yang diperkenalkan pada festival ini membawa mesej yang jelas – huruf “D” yang disertakan dengan tiga garis melambangkan proses demokratik serta hak rakyat untuk memilih,” katanya.

Katanya, ini merupakan tanda komitmen MUDA terhadap hak setiap warganegara untuk menyuarakan pandangan dan memainkan peranan dalam proses politik negara.

“Warna kuning melambangkan harapan yang tidak padam, manakala warna hitam mencerminkan kekuatan MUDA dalam menghadapi cabaran dan rintangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya