Muaz Zabir nafi tumpang populariti Bella Astillah

Muaz Zabir nafi tumpang populariti Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Muaz Zabir menafikan dakwaan kononnya dia menumpang populariti aktres dan penyanyi, Bella Astillah selepas kerap digandingkan bersama.

Menurut Muaz, dia juga tidak pernah berhubung dengan Bella demi mendapatkan sebarang tawaran untuk digandingkan bersama.

“Saya ada pihak pengurusan dan platform sendiri. Tiada istilah tumpang populariti. Saya tidak pernah hubungi dia untuk minta ‘job’.

“Orang yang bercakap mengenai kontroversi antara kami. Bukan saya yang minta,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaharu Bella, Tapi Bukan Denganmu, di sini, Jumaat lalu.

Muaz yang turut terlibat dalam pembikinan video muzik lagu ibu kepada dua orang anak itu turut menyatakan dirinya akur sekiranya dia terus dikaitkan dengan Bella.

Namun, pelakon drama Iskandar Chempaka itu juga menyatakan dia lebih selesa bersikap profesional selain menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan baik sepanjang bekerjasama dengan Bella.

“Apa yang dilakonkan dalam video muzik itu adalah watak yang diberi. Saya tidak tahu apa kaitan dengan saya,” jelasnya.

Ditanyakan sejauh mana keakraban hubungan mereka, Muaz mengakui dia dan Bella hanya berkawan baik meskipun pelakon wanita itu pernah berjumpa dengan ibunya.

Muaz turut menafikan dia mempunyai hati yang perlu dijaga memandangkan dirinya masih ‘single’ dan hanya mahu fokus dengan kerjaya seninya.

“Saya dan Bella berkawan. Kami bukanlah berkawan secara serius yang perlukan saya minta izin emak untuk berkawan.

“Cuma emak saya berpesan, jaga batas. Insya-Allah, emak saya pernah berjumpa Bella di Karnival Jom Heboh (KJH) di mana kami hadir untuk mempromosikan drama.

“Setakat ini, tiada hati yang saya kena jaga, cuma hati emak di kampung sahaja yang saya kena tengok.”

“Saya masih fokus kepada diri saya dan mahu bantu (keluarga) apa yang saya boleh tolong. Saya masih ‘single’,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN