Bekalan keperluan asas, makanan di pengkalan hadapan cukup untuk musim tengkujuh

Bekalan keperluan asas, makanan di pengkalan hadapan cukup untuk musim tengkujuh

MAZURA Ngah Abd Manan (dua, kanan) meninjau persiapan penghantaran bekalan keperluan banjir ke pengkalan hadapan Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut Malaysia, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekalan barangan keperluan asas dan makanan yang ditempatkan di pengkalan hadapan dan pulau-pulau di Terengganu bagi menghadapi musim tengkujuh yang diramal melanda hujung bulan ini, dijangka mencukupi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mazura Ngah Abdul Manan berkata, ketika ini terdapat 155 pengkalan hadapan dan 10 mini depo di seluruh Terengganu dengan bekalan bantuan bencana itu dihantar ke lokasi tersebut mampu menampung kegunaan mangsa banjir sehingga Mac tahun depan.

“Setiap tahun JKM akan menghantar bantuan bencana dan ketikai ini juga kita sedang mengagihkan bekalan ke setiap daerah termasuk pengkalan depo utama di Pulau Kerengga, Marang.

“Sekitar 590 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setiap tahun menempatkan hampir 100,000 mangsa banjir dan JKM anggarkan bekalan ini mampu bertahan sehingga Mac,” katanya ketika ditemui pada Program Penghantaran Barang Keperluan Semasa Bencana ke Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut Malaysia, di sini, hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya