PETALING JAYA: Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula akhir Oktober ini berisiko membawa hujan lebih ekstrem disebabkan peningkatan suhu dunia, perubahan iklim dan pemanasan global. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini meramalkan kebarangkalian berlakunya fenomena La Nina pada tahun ini adalah pada kadar 71 peratus walaupun belum mengisytiharkannya lagi. Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Fredolin Tangang berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan keadaan corak suhu anomali permukaan laut di Lautan Pasifik menyamai fenomena La Nina. KETIDAKSTABILAN “Ini akan meningkatkan ketidakstabilan cuaca di rantau ini dan meningkatkan kebarangkalian hujan ekstrem…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya