Mohammed Shazalli Ramli dilantik Penasihat Media & Komunikasi Strategik

Mohammed Shazalli Ramli dilantik Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri

MOHAMMED SHAZALLI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media & Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkuat kuasa semalam.

PMO dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.

Katanya, beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambah baik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN