Mohammed Shazalli dilantik penasihat media PM

Mohammed Shazalli dilantik penasihat media PM

MOHAMMED SHAZALLI RAMLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik Penasihat Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohammed Shazalli berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Abdul Rahman.

“Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.

“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” kata kenyataan itu.

Tahun lalu, Mohammed Shazalli dilantik Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Berhad.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd. (TM) dari April 2017 hingga Jun 2018.

Sebelum itu, beliau adalah CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Bhd. dari September 2016 hingga Mac 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya