Modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GISBH dibangunkan

Modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GISBH dibangunkan

MOHD NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan membentuk jawatankuasa khas bagi membina modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa tersebut dianggotai oleh enam pakar akidah termasuk Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil selaku pengerusi.

Kata beliau, jawatankuasa tersebut diberi tempoh masa selama dua bulan yang akan berakhir pada hujung November ini bagi mewujudkan silibus khusus untuk menyelamatkan akidah kanak-kanak yang menjadi mangsa itu.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memang diamanahkan untuk membangunkan modul silibus untuk pemulihan. Silibus pemulihan akidah itu memang ada untuk pengikut-pengikut Al-Arqam yang dahulu, cuma itu hanya pada golongan dewasa.

“Jadi (ini bermakna) kita belum ada modul silibus khusus untuk kanak-kanak, jadi saya telah amanahkan kepada Ustaz Ahmad Fauwaz beserta lima orang pakar akidah untuk bangunkan silibus tersebut supaya kita bukan sahaja dapat memulihkan akidah pengikut yang dewasa tetapi turut anak-anak ini,” katanya selepas perasmian World Quran Symposium 2024 sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64 1446H/2024M, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kesemua kanak-kanak tersebut kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Ustaz Ahmad Fauwaz yang merupakan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Mohd Noor merupakan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im berkata, simposium yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu adalah untuk memupuk persekitaran masyarakat yang cintakan Al-Quran melalui penyelidikan dan penghayatan terhadap kandungan kitab suci tersebut.

“Kita berharap dengan penganjuran simposium ini dapat meningkatkan penghayatan masyarakat tentang kepentingan membaca, memahami dan mengamal melalui ayat-ayat suci Al-Quran yang memfokuskan ke arah kelestarian negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya