MMA: Pasukan petugas khas digesa teliti satu lagi dakwaan kes buli di Sabah

MMA: Pasukan petugas khas digesa teliti satu lagi dakwaan kes buli di Sabah

DOKTOR di Sri Lanka memilih untuk berhijrah ke negara luar ekoran krisis ekonomi di negara itu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan petugas khas bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian pakar patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah digesa untuk meneliti satu lagi kes dakwaan buli di negeri itu.

Presiden Persatuan Perubatan (MMA), Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, ia berikutan kes terbabit yang dilaporkan sejak tahun lalu dikatakan masih belum diselesaikan hingga kini.

Katanya, MMA sudah mengetengahkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun lalu selepas menerima aduan daripada sekumpulan doktor di sana.

“Kami bersedia untuk membantu pasukan petugas khas dalam menyiasat perkara terbabit dalam apa-apa bentuk diperlukan.

“MMA juga secara konsisten menekankan kepentingan mengutamakan kesihatan mental dan kesejahteraan doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas bebas berkuat kuasa Khamis depan, bagi menyiasat kematian pakar patologi di Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan pendirian tegas KKM yang tidak bertolak ansur dengan perlakuan buli di tempat kerja.

Mengenai pasukan petugas khas itu, Dr. Kalwinder berharap siasatan dibuat mulai Khamis depan akan dijalankan secara teliti, telus dan produktif.

“Kita harap siasatan berkenaan akan menghasilkan cadangan bermakna untuk memperbaiki budaya kerja petugas kesihatan dalam sektor awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya