Misteri suara Rossa pernah hilang semasa konsert Istana Budaya - Utusan Malaysia

Misteri suara Rossa pernah hilang semasa konsert Istana Budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia, Rossa, berdepan detik misteri apabila suaranya tiba-tiba hilang sebelum hari kedua konsert di Istana Budaya pada 2015.

Bercerita lanjut mengenai situasi itu, Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani sudah melakukan usaha sebaik mungkin untuk mengembalikan semula suara, namun gagal.

“Kejadian ini berlaku semasa konsert saya selama dua hari di Istana Budaya, Malaysia. Pada hari pertama, saya tidur lewat sekitar pukul tiga bagi kerana menghadiri sesi sidang media dan sebagainya.

“Tiba-tiba keesokan harinya, suara saya hilang. Sedangkan saya masih mempunyai persembahan untuk malam kedua. Semua sudah saya lakukan termasuk solat, berdoa dan mengaji namun keadaan suara masa sama.

“Ketika itu ibu dan bapa saya ada menemani bersama. Ibu pernah pesan kemanapun saya pergi akan ada makhluk di sekeliling yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Jadi, saya perlu ‘minta izin’, atau istilah lainnya beri ‘Assalamualaikum’,” katanya menerusi sebuah temu buat podcast yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Rossa yang ketika itu bersedia di belakang pentas mengakui gementar dan cemas memandangkan suaranya belum pulih sepenuhnya.

“Waktu itu saya berserah sahaja, tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Ketika itulah saya minta izin dan cakap ‘ saya mahu tampil di Istana Budaya, semoga tidak ada yang mengganggu’.

“Saya faham mungkin itu ‘rumah’ mereka juga. Ibu saya juga berdoa untuk saya ketika itu. Apabila naik sahaja ke pentas, tiba-tiba saya rasa bertenaga.

“Buka sahaja mulut, suara saya bersih, tinggi dan lebih bagus daripada sebelumnya. Tapi suara ibu saya pula yang hilang, kami seperti bertukar.

“Itu kejadian yang cukup aneh,” katanya lagi yang turut menasihat peminat untuk selalu meminta restu ibu sebelum melakukan sesuatu.

Untuk rekod, Rossa pernah mengadakan konsert Malam Keajaiban Cinta pada 22 dan 23 Mei 2015 di Istana Budaya.

Rossa adalah artis wanita solo dari Indonesia pertama yang diberikan kepercayaan oleh pihak Istana Budaya untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN