Misi pencarian jasad Sabari diteruskan di Sungai Padang Terap - Utusan Malaysia

Misi pencarian jasad Sabari diteruskan di Sungai Padang Terap

ANGGOTA bomba meneruskan operasi pencarian jasad Sabari Baharom yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Jitra. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Misi pencarian pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang disyaki dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Jitra di sini, diteruskan sejak 10 pagi ini.

Operasi melibatkan anggota serta pegawai Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Radius pencarian difahamkan meliputi 13 kilometer (km) sepanjang sungai tersebut yang bermula dari Jambatan Lubuk Batu ke Jambatan Kepala Batas, dekat sini.

Namun, sehingga pukul 12 tengah hari ini, masih tiada sebarang perkembangan diperolehi di lokasi pencarian.

Kelmarin, polis mengesahkan Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, operasi pencarian itu dijalankan susulan pengakuan suspek dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu.

Sabari dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling dengan menaiki kereta jenis Proton Waja pada 4 September lalu.

Kehilangan warga emas itu disedari anaknya selepas telefon bimbit dimatikan selain terdapat transaksi pengeluaran wang dari akaun bank milik Sabari sebelum kereta Proton Waja dinaiki mangsa ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya