Minggu kokurikulum SK Sinua, Sook cungkil bakat pelajar

Minggu kokurikulum SK Sinua, Sook cungkil bakat pelajar

MAJLIS penutupan Minggu Kokurikulum SK Sinua Sook Keningau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minggu kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Sinua, Sook, Sabah berlangsung dengan jayanya apabila dapat menarik penyertaan kira-kira 100 murid menerusi pelbagai program yang dianjurkan.

Pengerusi penganjur, Adron Habit berkata, pelbagai pengisian dijalankan sepanjang minggu kokurikulum berkenaan antaranya termasuklah pertandingan deklamasi sajak dan bercerita dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Di samping itu, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan reka cipta dalam usaha membantu memupuk minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Kita melihat penglibatan murid sangat memberangsangkan. Mereka bukan sekadar dapat mempamerkan bakat yang terpendam tetapi juga dapat mencungkil kreativiti mereka melalui pertandingan reka cipta yang diadakan.

“Biar pun peralatan yang mereka gunakan agak terhad tapi, guru-guru dapat melihat bakat murid-murid sekolah ini dalam menghasilkan reka cipta yang menarik,” katanya kepada Utusan Pelajar 

Menurutnya, murid di sekolah itu turut mencipta rak ampaian daripada buluh untuk menyimpan barang-barang makanan basah yang boleh digunakan semasa berada di tapak perkhemahan.

Adron berkata, aktiviti perkhemahan unit beruniform yang disertai 51 murid tahap dua diadakan di Sinua Trusmadi Tainiskon Lodge yang berada berhampiran kaki gunung Tusmadi, Sabah.

Melalui perkhemahan yang diadakan, murid-murid dilatih dengan kemahiran untuk hidup dengan memasak menggunakan kayu api. Di samping itu, mereka turut menyertai aktiviti flying fox.

Malah katanya, murid-murid dengan diiringi guru berjalan kaki sejauh tiga kilometer ke tapak perkhemahan dari sekolah.

Namun, kesemua beg dan barangan mereka dihantar menggunakan kenderaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN