MGKP sokong teknologi AI diterap dalam Pos Malaysia

MGKP sokong teknologi AI diterap dalam Pos Malaysia

MOHD. EFFENDY ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan Kesatuan Sekerja Pos (MGKP) menyokong saranan penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robot dan dron dalam operasi Pos Malaysia namun tidak boleh  menjejaskan tenaga kerja sedia ada.

Pengerusinya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pihaknya menghargai inisiatif kerajaan untuk memastikan transformasi digital di Pos Malaysia bagi memperkukuh perkhidmatan pos negara.

Menurut beliau,  penerapan teknologi baharu seperti AI dan dron adalah langkah berkesan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Pos Malaysia, namun pekerja perlu dibekalkan dengan latihan yang sesuai. 

“Teknologi ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pos Malaysia tanpa menjejaskan kebajikan pekerja. Ini membuktikan bahawa kerajaan peka terhadap kepentingan pekerja dalam era transformasi digital.

“Program latihan seperti reskilling dan upskilling perlu disediakan bagi memastikan pekerja dapat menyesuaikan diri dengan teknologi terkini.

“Latihan ini penting untuk memastikan pekerja sedia ada kekal relevan dalam industri yang berkembang pesat,” katanya dalam  kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan Pos Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan AI dalam mengatasi  aduan dan kelancaran proses melibatkan pelanggan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penggunaan AI bukan bermaksud untuk mengurangkan tenaga kerja malah membantu pihak perkhidmatan logistik melicinkan urusan pentadbiran mereka.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memastikan persaingan yang adil dalam industri kurier dengan menekankan perlunya kawalan terhadap pertumbuhan syarikat kurier untuk mengelakkan persaingan tidak sihat.

Katanya, langkah ini penting untuk memastikan kualiti perkhidmatan terjaga dan pekerja tidak terjejas akibat persaingan yang tidak terkawal.

“Teknologi harus digunakan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik kehidupan pekerja dan memberi peluang kepada mereka untuk berkembang dalam persekitaran kerja yang berubah.

“MGKP berharap kerjasama yang erat antara kerajaan, majikan dan kesatuan pekerja dapat memastikan keseimbangan antara kemajuan teknologi dan kebajikan pekerja Pos Malaysia,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya