MEMC24 medan kuasai bahasa matematik

MEMC24 medan kuasai bahasa matematik

SEBAHAGIAN pemenang dan peserta Tahun Satu yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir MEMC24 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTANDINGAN Penguasaan Bahasa dan Matematik atau The Maths and Languages Mastery Competition 2024 (MEMC24) anjuran bersama Penang Math Platform (PMP) dan sebuah syarikat berasaskan teknologi pendidikan, Bright Robin Malaysia di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini mendapat sambutan yang luar biasa.

Hal ini demikian kerana, penganjuran yang memasuki tahun kedua itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 700 murid dari 87 buah sekolah rendah di seluruh Pulau Pinang.

Melibatkan murid Tahun Satu hingga Enam, peserta diuji menerusi beberapa siri cabaran yang direka khusus untuk menilai kemahiran matematik serta keupayaan bahasa mereka.

Daripada 700 peserta yang mengambil bahagian itu, seramai 108 atau kira-kira 15 peratus berjaya melangkah ke pusingan akhir atau Grand Final selepas melepasi pusingan kelayakan yang diadakan secara dalam talian pada 24 Ogos yang lalu.

Menurut Pengurus Besar PMP, Johnny Ong, secara umumnya MEMC24 diadakan bertujuan mempromosikan kemahiran berkaitan aritmetik, pemikiran kreatif serta kecekapan berbahasa dalam kalangan peserta khususnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Selain memberi manfaat kepada peserta itu sendiri, pertandingan ini juga boleh dianggap penting kepada para guru dan ibu bapa untuk menilai kemampuan kanak-kanak ini pada masa depan,” kata beliau.

Dalam pertandingan itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng memenangi anugerah Penyertaan Paling Banyak di Final sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN