Mekanisme levi pelbagai peringkat awal kurangkan kebergantungan pekerja asing

Mekanisme levi pelbagai peringkat awal kurangkan kebergantungan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bercadang melaksanakan mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun hadapan bagi mengurangkan kebergantungan pekerja asing. 

Hasil kutipan levi ini disalurkan semula kepada industri bagi merekayasa proses perniagaan ke arah automasi dan mekanisasi. 

Selain itu, ke arah pelaksanaan sepenuhnya e-Invois pada 1 Julai 2025, kerajaan bercadang perbelanjaan bagi pembelian peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberikan elaun modal dipercepat untuk dituntut sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Dalam pada itu, Kerangka Dasar transformasi digital yang tegas berjaya menarik pelaburan masuk apabila Malaysia meraih pelaburan berjumlah 16.9 bilion dolar Amerika untuk tempoh sehingga 2038 daripada syarikat gergasi teknologi dunia AWS, Microsoft, Google dan Oracle. 

Ini mencerminkan tahap keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi prasarana awan serantau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN