MCMC lantik badan penasihat teliti pinda Akta Perkhidmatan Pos 2012

MCMC lantik badan penasihat teliti pinda Akta Perkhidmatan Pos 2012

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah melantik satu badan penasihat bagi meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 agar bersesuaian dengan perkembangan semasa dalam industri pos dan kurier di Malaysia. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kewajaran untuk meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 mengambil masa dalam tempoh lapan hingga 12 bulan. 

Katanya, pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012 dijangka dapat digunakan pada awal tahun 2026. 

“Melalui pindaan Akta Perkhidmatan Pos 2012, perkhidmatan pos dan juga kurier akan berdasarkan transformasi yang bersesuaian dengan perkembangan semasa. 

“Pindaan akta ini juga bagi menambah baik taraf perkhidmatan serta memastikan isu yang melibatkan kepuasan pelanggan dapat diatasi,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Hari Pos Sedunia di Kompleks Dayabumi di sini, hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Pengerusi Pos Malaysia, Datuk Seri Syed Faisal Albar. 

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Pos Malaysia perlu mengikuti perkembangan teknologi bagi meningkatkan pembangunan rangkaian perkhidmatan pos dan kurier yang moden.

“Sebanyak 200 motosikal elektrik EV (e-bike) dan 143 kenderaan EV empat roda (e-van) telah digunakan oleh pihak Pos Malaysia. 

“Penggunaan teknologi tersebut juga adalah untuk meningkatan efisiensi bagi operasi Pos Malaysia,” katanya. 

Akta Perkhidmatan Pos 2012 diwujudkan untuk mengadakan peruntukan mengenai perlesenan perkhidmatan pos dan pengawalseliaan industri perkhidmatan pos, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya