MBSP, MBPP tingkat kesiapsiagaan depani MTL

MBSP, MBPP tingkat kesiapsiagaan depani MTL

H’NG Mooi Lye (kanan) ketika melancarkan Sistem I Sweep MBSP di Menara MBSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Pasukan Pengurusan Krisis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini sedang mempertingkatkan kesiapsiagaan mereka dalam mendepani sebarang kemungkinan susulan perubahan cuaca ekoran musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’ng Mooi Lye berkata, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah membuat persiapan rapi meliputi pasukan khas, logistik dan aset bagi memberikan respon pantas sekiranya menerima laporan mengenai banjir.

“Persiapan awal sudah dibuat, malah, pada minggu lepas, saya telah mengingatkan kepada dua Datuk Bandar kita (MBPP dan MBSP) supaya pasukan sentiasa bersedia 24 jam dan bertindak pantas.

“Ada pasukan pekerja yang bertanggungjawab membersihkan halangan dalam parit bagi memastikan pengaliran air terutamanya di kawasan berisiko banjir lancar,” katanya selepas melancarkan Sistem I Sweep MBSP di Menara MBSP, Bandar Perda di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid dan barisan Ahli Majlis MBSP.

Selasa lalu, media melaporkan, Unit Pengurusan Bencana Pulau Pinang akan meneliti semua ramalan dan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sepanjang musim MTL yang dijangka bermula hujung bulan ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tumpuan akan diberi kepada tahap kesiapsiagaan untuk menangani sebarang kejadian luar jangka seperti pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa lokasi tumpuan di lima daerah di negeri ini.

Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang meramalkan akan berlaku fenomena air pasang besar di negeri ini antara 18 hingga 21 Oktober ini.

Menurut JPS negeri, banjir kilat juga dijangka berlaku sekiranya hujan lebat turun dalam tempoh tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya