MBPP keluar 25 kompaun terhadap 3 premis makanan

MBPP keluar 25 kompaun terhadap 3 premis makanan

BEBERAPA anggota penguatkuasa memeriksa bahagian dapur sebuah premis makanan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu di George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak 25 Notis Tawaran Kompaun (NTK) bernilai RM3,370 telah dikeluarkan terhadap tiga pemilik premis makanan di sini susulan satu operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), petang kelmarin.

Jurucakap MBPP berkata, notis tersebut meliputi pelbagai kesalahan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil termasuk Establisymen Makanan MPPP 1991, UUK Pengendali Makanan MPPP 1983 17(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974-46(1) serta UUK Iklan MPPP 2000.

Katanya, selain Jabatan Pelesenan MBPP, turut serta dalam operasi yang dijalankan secara bersepadu itu ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Timur Laut serta Seksyen Penguatkuasaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang.

“Dalam operasi yang sama, SSM Pulau Pinang turut mengeluarkan lapan notis kompaun atas kesalahan gagal mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan, gagal mencatat nama dan nombor perakuan perniagaan berdaftar di tiap-tiap kepala surat, invois, bil atau lain-lain dokumen selain gagal mempamerkan papan tanda yang mengandungi nama dan nombor pendaftaran perniagaan.

“Kesalahan lain yang dikesan ialah gagal menzahirkan nama berdaftarnya dan nombor pendaftaran syarikat pada invois pesanan serta tuntutan lain bagi pembayaran resit dan surat kredit, gagal mempamerkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat dan sebagainya,” katanya yang memberitahu, nilai keseluruhan denda yang dikenakan oleh SSM terhadap ketiga-tiga premis berjumlah RM12,400.

Sementara itu, jurucakap tersebut memberitahu, KPDN Cawangan Timur Laut berjaya membuat rampasan sebanyak 17 tong gas petroleum cecair (LPG) bersaiz 14 kilogram (kg) di premis dan 10 tong gas yang sama di premis kedua.

Jelasnya, rampasan itu dibuat kerana pemilik kedua-dua premis dikatakan telah melakukan kesalahan iaitu menyimpan barang kawalan melebihi had yang ditetapkan.

Tambah beliau, MBPP bagaimanapun akan terus membuat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan menerusi operasi bersepadu bersama jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan dari semasa ke semasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya