Mayat terapung di Tasik Kota Kemuning

Mayat terapung di Tasik Kota Kemuning

Mayat terapung
POLIS memeriksa keadaan mayat yang sebelum itu ditemukan terapung dekat Taman Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dekat Taman Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.39 pagi yang mendakwa melihat mayat tersebut di permukaan air.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat. Simati dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlentang

“Bagaimanapun, mayat tersebut dipercayai warga asing berdasarkan pemeriksaan pada badan yang tidak menemukan kesan suntikan Bacillus Calmette–Guérin (BCG),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan ke atas badan mayat juga mendapati tiada kesan pergelutan atau kecederaan pada tubuhnya yang boleh disyaki menjadi punca kematian lelaki berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dijalankan post-mortem pada 9 Oktober pukul 11:00 pagi bagi mengenal pasti punca kematian si mati. Mayat lelaki itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau sudden death report (SDR).

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Shahrul Bakhri di talian 012-3630512. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya