Mawi tak halang anak jadi artis

Mawi tak halang anak jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mawi, tidak akan menghalang sekiranya anaknya, Cahaya Malaika, 12, mahu mengikut jejak langkahnya menjadi anak seni.

Kata Mawi, 43, dia tiada masalah sekiranya anaknya mahu menjadi penyanyi atau pelakon asalkan bersikap baik.

“Saya tak ada masalah. Kalau dia nak jadi artis, jadilah yang baik. Itu sahaja.

“Tapi dia mahu jadi pelukis. Itu minatnya,” kata pemilik nama sebenar Asmawi Ani.

Dalam pada itu, Mawi memaklumkan Cahaya banyak memberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi TikTok.

“Dia ajar, termasuk cara buat live. Yang daftarkan akaun (TikTok) juga dia.

“Saya ini tahulah guna Facebook dan Instagram. Tak sangka pula impak TikTok sekarang juga besar.

“Tapi, memang anak yang banyak ajar guna TikTok. Dan, jumlah penonton lebih tinggi kalau saya live bersama Cahaya,” kata Mawi.

Mawi berkahwin dengan Nora Asyikin Rahmat atau Ekin pada 2008. Mereka dikurniakan seorang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN