Masukkan kes aniaya ibu bapa di bawah Undang-Undang Keluarga Islam - Utusan Malaysia

Masukkan kes aniaya ibu bapa di bawah Undang-Undang Keluarga Islam

ISLAM mengajar kita menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak berkuasa negeri berhak memasukkan perbuatan menganiaya ibu bapa sebagai satu kesalahan matrimonial di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam untuk melindungi warga emas daripada sebarang kes pengabaian.

Presiden Peguam Syarie, Musa Awang berkata, enakmen itu adalah kesinambungan daripada pengumuman yang dibuat Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam usaha persediaan negara melindungi warga emas dan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU), Akta Warga Emas perlu disegerakan kerana pada masa kini terlalu banyak kes ibu bapa didera dan dihantar ke pusat jagaan orang tua selepas semua harta dipindahkan kepada anak-anak mereka.

“Eloklah sekiranya RUU ini disegerakan dan dibentangkan ke Parlimen supaya tindakan yang sesuai boleh dikenakan kepada anak-anak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam akhbar ini melaporkan anak-anak boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati sengaja mengabaikan ibu bapa mereka selepas kerajaan menggubal undang-undang berkaitan warga emas.

Antara hukuman yang dipertimbangkan adalah penjara, denda dan mewajibkan potongan gaji kepada anak-anak.

Sementara itu Presiden Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ibu bapa yang dianiaya anak mereka disebabkan harta, boleh menarik balik penamaan harta walaupun sudah berpindah miliik.

Katanya, ramai ibu bapa yang tidak tahu penamaan harta boleh ditarik semula walaupun sudah dipindahkan nama.

“Ia boleh dilakukan dengan cara mendapatkan pengesahan di mahkamah syariah.

“Seterusnya permohonan dibuat di mahkamah sivil bagi pembatalan pindah milik yang dilakukan berdasarkan harta tersebut,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya