Marsha Milan antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu - Utusan Malaysia

Marsha Milan antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Marsha Milan Londoh, meluahkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) yang dikurniakan Istana Sabah sempena hari jadi rasmi Yang DiPertua Negeri  Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71.

Respons itu diberikan marsha apabila ditanyakan mengenai penganugerahan itu yang turut dimaklumkan menerusi satu hantaran dalam Instagram syarikat rakamannya iaitu alternate.my_.

“Alhamdulillah saya bersyukur apabila dimaklumkan akan menjadi penerima anugerah itu. 

“Namun, sejujurnya saya tidak berani hendak memberikan sebarang kenyataan kerana masih belum menerima anugerah tersebut secara rasmi,” katanya ketika ditemui dalam sidang media program realiti A Milion Voice (AMV) di kompleks beli-belah di ibu negara semalam.

Marsha pada masa yang sama menganggap anugerah tersebut sebagai pembakar semangat kepadanya untuk terus memperjuangkan budaya dan muzik negeri Sabah.

“Selepas 20 tahun dalam industri saya tidak pernah jemu untuk mempromosi budaya dan muzik negeri asal kelahiran saya,” katanya.

Penyanyi lagu Hening Rindu itu bagaimanapun berkata, usaha yang dicurahkan untuk mengangkat martabat muzik Sabah bukanlah bertujuan untuk mengejar sebarang penganugerahan.

“Jika tidak terima pingat pun, saya tetap akan promosikan budaya negeri saya.

“Saya akan gunakan platform yang ada untuk kongsi karya dari Sabah ke Semenanjung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Marsha juga telah dilantik sebagai juri program pencarian bakat AMV, selain Datuk Hattan dan Datuk Awie.

Pencarian bakat untuk sesi pertama program berkenaan bermula hujung Oktober ini secara dalam talian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya