Marissa Haque meninggal dunia secara mengejut - Utusan Malaysia

Marissa Haque meninggal dunia secara mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita pemergian pelakon senior Indonesia, Marissa Haque semalam sekitar 12.45 pagi telah mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga dan peminat.

Menurut adik kepada pelakon itu, Soraya Haque, Marissa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit bahkan sempat meluangkan masa bersama keluarganya sebelum ditemui tidak bernyawa di kediamannya.

“Tiada sebarang gajala sakit. Malah mereka sempat melakukan aktiviti bersama keluarga di luar. Kakak saya dikatakan tidak lagi bergerak di ruang atas rumahnya. Dia ditemukan oleh ahli keluarga lain,” katanya.

Sementara itu, pelakon Inggrid Kasil turut memberitahu rakannya itu kerap berkongsi kisah kematian, malah sempat meluahkan hasratnya untuk disemadikan di Ranah Perkuburan Tanah Kusir, Jakarta.

“Kalau dengar cerita rakan-rakan lain, dia sering menyebut tentang kematian. Kalau dia meninggal dunia dia mahu dikebumikan di Tanah Kusir,” jelasnya.

Kali terakhir pelakon itu berkongsi mengenai kematian di Instagram pada 22 September lalu yang memberi gambaran dirinya tetap terus berjuang dengan tenang.

“Malam hening. Tetap berjuang dalam tenang. Sampai Allah memanggil kita pulang,” kongsinya.

Untuk info, Marissa juga merupakan seorang ahli politik dan pensyarah di sebuah universiti.

Pemergian Allahyarham turut meninggalkan suaminya, Ikang Fawzi dan dua anak perempuannya, Isabella dan Marsha. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya