MARDI akan sahkan kandungan kimia  pada anggur Shine Muscat 

MARDI akan sahkan kandungan kimia  pada anggur Shine Muscat 

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas penjualan anggur import Shine Muscat sekiranya buah tersebut  mengandungi sisa kimia berbahaya sebagaimana dakwaan  Thailand.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan makmal pertanian untuk membuat pengesahan bagi mendapatkan kandungan kimia yang terdapat pada buah tersebut.

“Dari segi soal import, kita akan  lihat dari semua aspek. Hal ini kerana kita (kerajaan) amat teliti sekiranya ada keracunan.

“Setakat ini, kita belum terima sebarang aduan berkaitan dengan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin- Semerak di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya akan mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk melaksanakan pemantau berterusan.

Media sebelum ini melaporkan, Rangkaian Amaran Racun Perosak Thailand (Thai-PAN) memberi amaran berhubung pencemaran anggur Shine Muscat, selepas mendapati kebanyakan sampel yang dikumpulnya mengandungi sisa kimia berbahaya melebihi paras maksimum  dibenarkan.

Thai-PAN dan Majlis Pengguna Thailand (TCC) menggesa Kementerian Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan segera, termasuk mengarahkan pengimport dan pengedar untuk melabel negara asal anggur Shine Muscat yang diimport.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya