Mara hantar pelajar cemerlang ke universiti Ivy League tahun depan

Mara hantar pelajar cemerlang ke universiti Ivy League tahun depan

ASYRAF Wajdi Dusuki (dua, kiri) menyampaikan sijil dan cenderahati penghargaan kepada peserta-peserta ICTE'24 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memulakan projek khas untuk menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke universiti-universiti terkemuka dunia yang disenaraikan sebagai ‘Ivy League’ pada tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, projek khas itu ketika ini masih di peringkat kajian.

Menurutnya, kajian yang dijalankan merangkumi aspek kos, pemilihan universiti untuk menempatkan pelajar dan bidang kursus diperlukan negara untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Kita akan buat projek khas iaitu menonjolkan pelajar-pelajar cemerlang untuk ke universiti-universiti terkemuka dunia seperti Cambrige, Oxford, Harvard dan sebagainya.

“Ini adalah tumpuan kita pada tahun depan. Tahun ini juga ada, tetapi tidak dibuat secara berstruktur. Kali ini kita mahu buat program berstruktur,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Penutup International Conference On Teacher Education 2024 (ICTE’24), di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan penambahan besar peruntukan kepada Mara pada tahun ini yang memungkinkan projek khas itu digerakkan.

Menurutnya, Mara terus memastikan manfaat itu diberikan kepada anak bangsa menerusi tatakelola, tadbir urus dan integriti tinggi.

“Kita akan pastikan setiap sen duit rakyat tidak akan dibazirkan melalui proses sewajarnya.

“Mara telah menghantar seramai 4,577 pelajar untuk mengikuti pengajian di luar negara pada tahun ini di bawah peruntukan tahunan RM2 bilion bagi mengikuti kursus dalam bidang-bidang strategik yang diperlukan negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi memberitahu, ICTE yang sudah tiga kali dianjurkan merupakan program penting bagi perkembangan pendidikan negara terutamanya bagi Mara sendiri yang mempunyai 344 institusi pendidikan secara keseluruhannya.

“Ia merupakan satu komitmen penting kerana semua institusi pendidikan Mara perlu meningkatkan mutu pengajaran dari masa ke semasa bagi memastikan instrumen, kaedah dan orientasi pendidikan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Oleh itu, kita sentiasa mengalu-alukan pemikiran dan kajian-kajian baharu dalam menaiktaraf dan meningkatkan kualiti pembelajaran agar dapat memanfaatkan semua institusi pendidikan Mara termasuk semua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya