Mangsa ribut Kuala Linggi terima bantuan one-off RM500

Mangsa ribut Kuala Linggi terima bantuan one-off RM500

AB. RAUF Yusoh (dua dari kanan) meninjau rumah penduduk yang mengalami kerosakan berikutan bencana ribut dan hujan lebat di Kuala Linggi, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 236 buah rumah disahkan terjejas berikutan bencana ribut dan hujan lebat yang melanda beberapa penempatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, awal pagi semalam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, bantuan tunai secara sekali bayar (one-off) berjumlah RM500 akan disalurkan segera kepada mangsa terlibat, selain bantuan awal seperti kit makanan dan keperluan asas.

Ujarnya, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah juga diarah mengumpulkan maklumat berkaitan nilai kerosakan kediaman dialami semua mangsa agar kerja-kerja baik pulih dapat dijalankan secepat mungkin.

“Pihak pejabat daerah sedang menguruskan semua saluran-saluran maklumat ini supaya kita dapat menyegerakan bantuan yang kita akan beri setelah kita dapat melihat jumlah kerosakan yang sebenarnya.

“Jadi, bantuan awal semua kit makanan, keperluan-keperluan asas telah diberikan. Alhamdulillah, tidak ada kemalangan jiwa tetapi tindakan segera oleh pihak kerajaan bagi memastikan mereka boleh meneruskan kehidupan telah diambil.

“Ini pertama kali berlaku, kalau dilihat fenomena perubahan alam ini menyebabkan banyak luar jangka daripada apa yang selama ini kita bersedia untuk menghadapi bencana alam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, Datuk VP. Shanmugam di Batu Berendam di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, lebih 30 buah rumah di Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru rosak antaranya bumbung tercabut dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda, awal pagi semalam.

Sidang Kampung Permatang Darat, Zaidi Buang, 52, berkata, angin kencang mula membadai kawasan itu kira-kira pukul 3.30 pagi hingga 4.15 pagi, sewaktu rata-rata penduduk sedang nyenyak tidur.

Jelasnya, tragedi itu merupakan kejadian pertama melanda kampung berkenaan dan tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya