Mangsa banjir empat daerah di Perak meningkat 1,267 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir empat daerah di Perak meningkat 1,267

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir di Daerah Muallim hari ini. - UTUSAN/APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang melanda empat daerah di Perak meningkat kepada 1,267 setakat pukul 4 petang ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,195 orang pada pukul 2 petang tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, semua mangsa banjir kini ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, Kuala Kangsar masih mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi seramai 578 orang daripada 168 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Katanya, Daerah Muallim seramai 375 mangsa di tiga PPS.

“Kerian mencatat 111 mangsa yang ditempatkan di dua PPS dan manakala Hulu Perak seramai 203 mangsa di dua PPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya