Mangsa banjir di Kedah kembali berkurangan - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Kedah kembali berkurangan

ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan di kawasan yang dinaiki air akibat banjir berulang baru-baru ini di Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Penduduk yang terjejas banjir di negeri ini kembali mencatatkan penurunan apabila seramai 583 mangsa daripada 194 keluarga berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9 pagi ini.

Berbanding pukul 4 petang semalam, seramai 1,238 mangsa daripada 390 keluarga masih terjejas melibatkan tiga daerah iaitu Pokok Sena, Baling dan Kota Setar.

Berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), angka terkini di Kota Setar adalah 250 orang daripada 76 keluarga di tiga PPS dan Baling pula seramai 254 mangsa daripada 93 keluarga yang berlindung di lima PPS.

Sementara itu, mangsa banjir di Pokok Sena hanya tinggal 79 penduduk daripada 25 keluarga di dua PPS yang masih aktif di daerah itu susulan banjir berulang yang berlaku pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, hanya Sungai Anak Bukit di Taman Aman yang berada dalam kategori amaran iaitu 2.38 meter (m) melepasi paras ditetapkan 2.3m sehingga pukul 8 pagi ini.

Dua lagi sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya berada pada tahap waspada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya