PORT DICKSON: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan tidak akan berundur dengan keputusan sendiri sebaliknya akan tetap bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, walaupun keadaan terkini di negara itu agak getir susulan serangan tentera Israel, anggota MALBATT 850-11 akan kekal selagi tiada arahan dikeluarkan oleh pihak UNIFIL. Bagaimanapun menurut beliau, UNIFILL telah pun mengeluarkan arahan untuk penggantian anggota dan pegawai MALBATT (850-12) yang kebiasaannya dibuat pada bulan November dibekukan buat masa ini. “Maknanya tiada pergerakan sehinggalah arahan seterusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya