Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan ASEAN

Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan ASEAN

Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia komited memperkukuh hubungan erat bersama negara jiran sebagai persedian untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu penting dalam kalangan negara anggota ASEAN untuk menangani isu-isu serantau.

“Kita ada masalah kecil di sempadan dengan Thailand, dengan Singapura pula isu air terus dibincangkan tetapi kami tidak membincangkannya sebagai musuh ketat.

“Kita berbincang sebagai rakan, saudara dan satu keluarga. Saya yakin kita boleh selesaikan, jika tidak, ia akan menimbulkan sebarang ketidakpercayaan, permusuhan dan peperangan,” katanya semasa sesi temubual bersama CNBC.

Anwar berharap mencapai konsensus terutama dalam isu-isu sensitif seperti Laut China Selatan.

Beliau turut mengulangi komitmen Malaysia memupuk hubungan positif dengan semua negara sambil menegaskan hubungan erat bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Kami mempunyai hubungan baik dengan AS yang merupakan pelabur utama dan secara kumulatif yang terbesar di Malaysia dengan pelaburan besar baharu masih menerajui.

“Dalam 15 tahun kebelakangan ini, China turut meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Malaysia. Kita harus gunakan peluang ini untuk memastikan hubungan yang berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya