Malaysia terima tugas Pengerusi ASEAN 2025 hari ini

Malaysia terima tugas Pengerusi ASEAN 2025 hari in

Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Laos hari ini. -PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENTIANE: Malaysia secara rasmi menerima tugas sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2025, dari Laos hari ini.

Upacara simbolik serahan tugas dibuat Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Pada majlis tersebut, Malaysia buat kali pertama turut memperkenalkan logo ASEAN Malaysia 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Logo berkenaan memaparkan lambang ASEAN dalam kitaran berbentuk bunga raya, dengan warna yang mewakili warna utama bendera semua negara anggota ASEAN.

Ini adalah kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sepanjang sejarah keanggotaan dalam blok serantau itu iaitu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya