Malaysia terima 18.4 juta pelancong antarabangsa

Malaysia terima 18.4 juta pelancong antarabangsa

TIONG King Sing menerima replika pesawat Embraer E190-E2 disampaikan Ketua Pegawai Komersial Scoot Pte. Ltd., Calvin Chan pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Scoot di LTAM, Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kedatangan pelancong ke negara ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila menerima 18.4 juta pelancong antarabangsa dari Januari hingga September lalu, meningkat sebanyak 27 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pencapaian itu mencerminkan kejayaan strategi pelancongan yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi mampan, sambil memastikan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Menurutnya, bagi tempoh berkenaan, Malaysia menerima 6.5 juta pelancong Singapura  peningkatan 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kementerian akan terus membentuk perkongsian strategik dan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa untuk meningkatkan promosi dan merangsang permintaan perjalanan dengan matlamat meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global.

“Saya mengharapkan kerjasama yang lebih berpotensi, terutamanya ketika kami bersiap sedia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, ditambah Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Scoot di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, King Sing meminta syarikat penerbangan Scoot supaya lebih agresif membuka laluan ke Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak.

“Sebagai contoh tempat saya di Bintulu banyak pelabur dari Singapura dan saya harap mereka membuat kajian mengadakan penerbangan seminggu tiga kali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya