Malaysia sertai sidang kemuncak BRICS di Rusia

Malaysia sertai sidang kemuncak BRICS di Rusia

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran Malaysia ke Sidang Kemuncak BRICS Outreach atau BRICS Plus membantu meneroka potensi dan peranan negara di dalam gagasan tersebut.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Kazan, Rusia bermula esok hingga 24 Oktober ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Outreach.

Kata beliau, sidang kemuncak tersebut akan menghimpunkan Ketua Negara dan Kerajaan serta Menteri-Menteri daripada sembilan negara yang menganggotai BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) bersama wakil-wakil dari 20 negara jemputan bukan BRICS.

Beliau dijadual menyampaikan Kenyataan Negara semasa persidangan tersebut iaitu pada Khamis ini.

“Kenyataan ini menekankan isu-isu kritikal untuk Selatan Global, termasuk pembangunan mampan, pembaharuan sistem tadbir urus global dan situasi geopolitik yang sedang berkembang di Timur Tengah.

“Lawatan kerja ini merangkumi pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari negara jemputan lain di sela-sela persidangan.

“Ia juga menyediakan platform strategik bukan sahaja untuk meneroka potensi peranan Malaysia dalam BRICS, tetapi  memperjuang kerjasama ekonomi, memupuk kemakmuran dan menggalakkan pembangunan inklusif bagi Selatan Global,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Sidang kemuncak yang bertemakan BRICS dan Selatan Global: Bersama-sama Membangun Dunia yang Lebih Baik’ itu diadakan susulan Sidang Kemuncak BRICS Ke-16.

Lawatan Rafizi itu akan turut disertai oleh pegawai kanan daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Luar Negeri, menegaskan komitmen teguh Malaysia untuk memupuk kerjasama dan dialog global.

Mengula lanjut, Rafizi berkata, Malaysia dapat mengukuhkan komitmennya melalui penglibatan aktif dalam sidang kemuncak tersebut.

“Melalui penglibatan aktif dalam Sidang Kemuncak BRICS Outreach atau BRICS Plus ini, Malaysia mengukuhkan komitmen untuk memperdalam hubungan dengan negara-negara BRICS dan menghadapi landskap ekonomi global yang kompleks dengan penuh ketahanan,” jelasnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya