Malaysia perlu manfaatkan inisiatif AI Ready ASEAN

Malaysia perlu manfaatkan inisiatif AI Ready ASEAN

MOHAMED Maliki Mohamed Rapiee (dua dari kanan) pada sidang media mengenai AI Ready ASEAN semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inisiatif ASEAN Bersedia untuk Kecerdasan Buatan (Al) atau AI Ready ASEAN yang dilancarkan di Jakarta, Indonesia Rabu lalu dijangka memberi manfaat kepada 5.5 juta penduduk di rantau ini.

Program celik AI yang disokong geran tunai berjumlah AS$5 juta oleh Google.org itu akan dimanfaatkan sepenuhnya Yayasan ASEAN bagi meningkatkan kemahiran asas AI dalam kalangan penduduk ASEAN.

Menerusi program itu, Yayasan ASEAN bersedia melatih 2,000 jurulatih utama (master trainer) dan 800,000 pelatih di seluruh negara ASEAN dalam tempoh 30 bulan.

Bagi Malaysia, inisiatif itu diharap dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan kadar literasi AI dalam kalangan remaja, pelajar, belia dan guru di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pihaknya turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan Steps Media Asia bagi menggerakkan inisiatif itu.

Katanya, beliau berharap Malaysia bukan sahaja dapat peluang tetapi dapat memainkan peranan memandangkan negara ini berada di hadapan dari segi kesediaan AI.

“Kami percaya inisiatif itu lebih mudah dilaksanakan memandangkan kerajaan juga telah memberi sokongan penuh terhadap penggunaan AI secara menyeluruh di negara ini.

“Selain itu, inisiatif ini juga diharap dapat jadi program pemula kepada negara selaras pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Katanya, IYC bersedia bekerjasama dalam menjayakan inisiatif itu dengan harapan Malaysia akan terus memainkan peranan penting memandangkan kedudukan negara yang terkehadapan dalam bidang AI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya