Malaysia mahu tingkatkan import daging, beras Pakistan

Malaysia mahu tingkatkan import daging, beras Pakistan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mahu meningkatkan import daging dan beras dari Pakistan dalam usaha meningkatkan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu antara perkara yang akan diberi perhatian dengan kadar segera. 

“Tentang pembelian daging, ia tidak sepatutnya menjadi masalah dan kami akan mengkajinya. Kami tetap membeli dari negara lain, jadi saya tidak melihat sebarang sebab kenapa kami tidak dapat membeli dari Pakistan. Tidak ada masalah dengan halal.

“Dalam seluruh perjalanan saya, Pindi, Karachi, Islamabad, Lahore, dan tentu Sari Mala Gardens, yang saya suka, saya hanya ingin membawa isteri saya dan menjadi lebih romantik di tempat itu (berseloroh). Kami tidak mempunyai masalah dengan halal.

“Tetapi kami akan melalui proses ini dan mempercepatkan pembelian dari Pakistan. Sama juga dengan beras. Kami akan membeli beras dari Pakistan.Kita telah menetapkan 100,000 tan. Kita akan melihat mekanisme harga dan sebagainya,” katanya seperti dilapor Astro Awani. 

Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif di kediaman rasmi beliau hari ini.

Anwar kini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Pakistan. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia juga mahu meningkatkan kerjasama dalam pemerkasaan tenaga kerja mahir. 

Katanya, ia terutamanya membabitkan bidang teknologi maklumat (IT), digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Tentang kolaborasi dan pekerja mahir, kita akan menanti-nantikan kerana kita akan fokus kepada pekerja yang diperlukan untuk memenuhi permintaan baharu, pelaburan yang besar, mungkin yang terbesar di kawasan ASEAN, dalam bidang IT, digital, dan AI.

“Alhamdulillah, Malaysia adalah salah satu hab penting bagi industri semikonduktor. Kami boleh berkolaborasi dalam bidang itu juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya