Malaysia kini rakan kongsi BRICS

Malaysia kini rakan kongsi BRICS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia antara 13 negara baharu yang diterima sebagai rakan kongsi BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan).

Berdasarkan ciapan terbaharu @BRICSInfo di laman social X, gabungan tersebut meluluskan penyertaan 13 negara baharu sebagai rakan kongsi.

Negara tersebut adalah Malaysia, Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Türkiye, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

“BRICS secara rasmi menambah 13 negara baharu dalam gabungan sebagai rakan kongsi (bukan ahli penuh),” katanya dalam ciapan tersebut.

Pada 28 Julai lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia telah menghantar permohonan kepada Russia untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS susulan kunjungan hormat dilakukan oleh Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pada 18 Jun tahun ini, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

BRICS adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan, Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN