Malaysia hantar ‘Abang Adik’ ke Oscar

Malaysia hantar ‘Abang Adik’ ke Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97, Mac hadapan. 

Keputusan itu dibuat oleh  Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS yang terdiri daripada barisan profesional selepas menyemak syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan pihak penganjur.

Bukan itu sahaja, rekod cemerlang naskhah tersebut meraih beberapa penghargaan berprestij di Asia juga menguatkan lagi kredibilitinya untuk bersaing mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi.

“Karya ini telah merangkul 19 anugerah antarabangsa – satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.

“Antara pencapaian tertingginya ialah anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25, Udine, Itali.

“Di peringkat tempatan, filem ini telah mencatatkan kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik,” kongsi FINAS menerusi satu kenyataan akhbar.

Abang Adik merupakan filem sulung arahan Jin Ong menceritakan nasib dua anak yatim yang hidup tanpa dokumen sah di Malaysia.

Filem ini turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 September 2024. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN