Malaysia giat bincang penerbangan terus dari Russia

Malaysia giat bincang penerbangan terus dari Russia

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan giat mengadakan perbincangan untuk mengoperasikan semula penerbangan terus dari Russia ke negara ini. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam Persidangan Antarabangsa Rundingan Penerbangan Awam (ICAN) 2024.

Menurutnya, buat masa ini hanya ada ada penerbangan transit melalui China bagi menghubungkan kedua-dua negara.

“Memang kita sudah ada perbincangan dan sudah tentu kita akan mengambil peluang pada mesyuarat kali ini untuk berbincang dengan Russia.

“Kita juga mengalu-alukan sekiranya ada syarikat penerbangan dari Russia yang ingin terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana sebelum ini sudah pernah ada.

“Kita berharap dapat mengembalikan ketersambungan antara Malaysia dan Russia,” katanya ketika ditemui pemberita pada ICAN 2024, hari ini.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Russia perlu mempertimbangkan untuk memperkenal penerbangan terus bagi meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.

Tambah Anwar, Malaysia menerima lebih 100,000 ketibaan pelancong dari Russia pada tahun lalu dan perkara itu mempunyai potensi untuk meningkatkan jumlah pelancong dari negara itu dengan lebih banyak sambungan penerbangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya