Malaysia digesa henti hubungan dengan semua syarikat pro Israel - Hadi

Malaysia digesa henti hubungan dengan semua syarikat pro Israel – Hadi

ABDUL Hadi Awang ketika berucap pada Himpunan Mega Solidariti Palestin Setahun Genosid Gaza hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, negara-negara Islam  lain juga harus secara bersama memberi tekanan kepada  semua negara yang  menyokong Israel bagi memastikan konflik Palestin – Israel berakhir.

“Hubungan termasuk seperti hubungan  diplomatik, dagangan dan hubungan media antara negara-negara yang pro Israel  harus dihentikan. 

“Menyedihkan apabila kerjasama itu dinormalisasikan di beberapa buah negara,” kata Hadi ketika berucap pada  Himpunan Mega Setahun Al-Aqsa berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini  hari ini. 

Terdahulu, kira-kira 1,000  yang menyertai himpunan itu berarak  bermula dari  Masjid As-Syakirin, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 2.15. Perarakan sejauh kira-kira 2 kilometer itu  kemudian berkumpul berhampiran Kedutaan AS. 

Sementara  itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Malaysia harus tegas dalam memberi sokongan kepada Palestin. 

“Jangan jadi depan lain, belakang lain. Berdegar di atas dewan antarabangsa menolak Israel, tapi apabila tiba di tanah air, menyokong kerjasama antara syarikat pro Israel,” katanya. 

Selain Hadi dan Ahmad Fadhli turut berucap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air, (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. 

Himpunan dan perarakan petang tadi adalah  siri kedua daripada tiga perhimpunan yang dijadual berlangsung di  ibu negara bermula semalam sehingga malam ini dengan perhimpunan terakhir dijadul berlangsung di Bukit Bintang malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya