Majikan diingat jangan ambil kesempatan kenaikan gaji minimum

Majikan diingat jangan ambil kesempatan kenaikan gaji minimum

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua majikan termasuk sektor perladangan dan komoditi diingatkan agar tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Februari 2025.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, meskipun gaji minimum ditetapkan, ia perlu selari dengan tahap kelayakan pendidikan dan kemahiran pekerja.

“Jadi, isu ini sebenarnya tidak timbul. Apa yang penting adalah syarikat-syarikat tidak mengambil kesempatan daripada pelaksanaan gaji minimum tersebut.

“Gaji RM1,700 adalah paras minimum, namun kebanyakan pekerja sudah menerima gaji melebihi jumlah tersebut,” katanya pada Program Sumbangan Lesen Memandu B2 Parlimen Titiwangsa di Dewan Serbaguna PPR Ampang Hilir, hari ini .

Mengulas lanjut, Johari berkata, dalam sektor perladangan, ramai pekerja tempatan sudah menerima gaji lebih tinggi daripada gaji minimum yang ditetapkan.

“Bagi majikan pula, terdapat pengecualian bagi syarikat dengan kurang daripada lima pekerja, yang mana mereka diberi tempoh enam bulan untuk menyesuaikan gaji minimum.

“Walau bagaimanapun, kita perlu menerima bahawa kos sara hidup yang meningkat memerlukan majikan supaya turut bekerjasama selain daripada bantuan kerajaan,” katanya.

Semalam, Dalam Belanjawan 2025, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 bermula 1 Februari tahun depan.

Kerajaan juga memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,700 kepada majikan yang menggaji kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Ogos 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya