Mahasiswa Unimap perlu siapkan mental harungi suasana universiti - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Mahasiswa Unimap perlu siapkan mental harungi suasana universiti – Raja Muda Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) bersama Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kanan) berkenan berswafoto bersama mahasiswa selepas Majlis Suai Kenal Sarjana Muda Sidang Akademik 2024/2025 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, Arau Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (Unimap) perlu memantapkan persiapan mental dalam mengharungi suasana baharu di universiti,

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, persiapan itu perlu dibuat memandangkan mahasiswa baharu yang mendaftarkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu perlu berdikari selepas berjauhan dengan keluarga.

Titah baginda, pembahagian masa belajar juga amat penting malah segala tugasan perlu disempurnakan mengikut waktu yang ditetapkan. Manfaatkan segala kemudahan yang disediakan di Unimap sebaiknya agar rutin harian di universiti berjalan dengan lancar,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan merasmikan Majlis Apresiasi Dan Kebudayaan sempena Majlis Suai Kenal Sarjana Muda Sidang Akademik 2024/2025 di Dewan Ilmu, Kampus Alam Unimap, Pauh Putra, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda selaku Canselor Unimap diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Pro Canselor dan disambut oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.

Pada majlis itu, pelbagai aktiviti dipersembahkan oleh mahasiswa termasuklah persembahan silat diiringi kompang dan jidor, Tarian Kabbadi, Fashion Show, Tarian Ayam Didik, wushu dan tarian Mai Pakat Mai.

Turut diadakan Pentomen oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Unimap yang memaklumkan tanggungjawab dan peranan mereka.

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen turut berkenan menyempurnakan simbolik balingan Kapal Terbang Impian disertai oleh pegawai utama dan mahasiswa baharu.

Untuk rekod, seramai 2,070 mahasiswa baharu melaporkan diri di Unimap bagi sesi pengambilan awal Sidang Akademik 2024-2025.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, semua institusi pengajian tinggi termasuk Unimap merupakan tempat di mana mahasiswa boleh bersaing dengan sihat tidak kira dari segi pelajaran mahupun kokurikulum.

Baginda turut menzahirkan kesyukuran apabila Unimap menjadi pilihan buat mahasiswa baharu dan berterima kasih kepada semua ibu bapa dan serta penjaga kerana merestui pilihan anak mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya