Madrafataha ditemukan selamat, hilang akibat diculik

Madrafataha ditemukan selamat, hilang akibat diculik

Culik
KEHILANGAN Madrafataha Indal Bangsawan selamat ditemukan selepas hilang akibat diculik dari kawasan rumahnya dekat Bandar Bukit Tinggi, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai diculik di kawasan rumah kedai di Bandar Bukit Tinggi di sini, Selasa lalu terungkai apabila dia ditemukan selamat semalam.

Penemuan mangsa dikenali Madrafataha Indal Bangsawan itu membawa kepada penahanan enam suspek termasuk dua wanita berusia 13 hingga 23 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kanak-kanak warga tempatan yang hilang pada 8 Oktober itu dijumpai semula kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

“Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki dan dua wanita di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bermula pukul 5 petang semalam,” katanya hari ini.

Tambahnya, kereta Myvi yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas bagi tindakan lanjut.

“Semakan lanjut mendapati salah seorang suspek turut memiliki satu rekod jenayah lampau. Polis akan membuat permohonan reman ke atas keenam-enam suspek di Mahkamah Majistret Klang hari ini,” ujarnya.

Jelas Hoong Fong, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis menerima laporan kehilangan Madrafataha kira-kira pukul 8.59 malam.

Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak pulang selepas keluar dari rumah untuk mengambil makanan dekat dalam kereta yang diparkir di tingkat bawah, kira-kira pukul 2.20 petang.

Kanak-kanak itu turun seorang diri dan keluarga keluar mencari di sekitar kawasan parkir kawasan tersebut namun tidak menjumpainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya