Luluh hati tiga sahabat maut dalam satu masa - Utusan Malaysia

Luluh hati tiga sahabat maut dalam satu masa

MUHAMMAD Hazarul Ashwaq Azhar menunjukkan gambar kenangan tiga rakannya yang maut dirempuh sebuah Honda CRV ketika ditemui di UiTM Kampus Dungun di Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Luluh hati seorang pelajar lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun apabila dia kehilangan tiga sahabat baik dalam satu masa, yang dirempuh sebuahsebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV berhampiran universiti itu, semalam.

Muhammad Hazarul Ashwaq Azhar, 20, yang merupakan pelajar Jurusan Perakaunan, berkata, mangsa, Khairil Anwar Jamaludin, 20 merupakan rakan sebiliknya manakala dua lagi mangsa iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, pernah menjadi rakan sebilik ketika semester satu manakala Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, juga kenalan rapatnya.

“Hancur dan luluh hati saya melihat motosikal dan mayat rakan-rakan saya bergelimpangan selepas rempuhan itu.

“Saya tak sangka rakan-rakan saya akan pergi dahulu, memandangkan sebelum kejadian kami saling bergurau dan saya sempat membelikan roti untuk Khairil Anwar, petang semalam,” katanya ketika ditemui selepas selesai solat jenazah ketiga-tiga mangsa di Pusat Hidayah, UiTM Kampus Dungun, di sini, hari ini.

Muhammad Hazarul Ashwaq berkata, dia berasa tidak sedap hati apabila diberitahu ada kemalangan di hadapan kampusnya, malam tadi.

“Saya cuba telefon ketiga-tiga nombor kawan saya, namun panggilan saya tidak dijawab. Saya terus ke lokasi kejadian sebelum mendapati rakan saya yang terkorban.

“Mereka ada mengajak saya untuk keluar makan bersama, namun saya tidak pergi kerana kepenatan. Kalau saya pergi, mungkin saya juga turut menjadi mangsa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam tadi, tiga penuntut UiTM itu maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera selepas motosikal Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia, 49. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya