LTdL 2024: Peringkat ketiga milik Poole

LTdL 2024: Peringkat ketiga milik Poole

PELUMBA Team dsm-firmenich PostNL, Max Poole memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highlands, di sini, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Saingan peringkat ketiga sejauh 170.3 kilometer (km) dari Taiping ke Cameron Highlands menyaksikan pelumba Team dsm-firmenich PostNL, Max Poole meraih gelaran ‘Queen Stage’, sebentar tadi.

Poole berhasil melakukan henjutan menuju ke garisan penamat untuk menewaskan pakar pendakian, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez manakala tempat ketiga menjadi milik Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO.

Kejayaan pelumba berusia 21 tahun itu menyaksikan beliau merampas Jersi Hijau (pendahulu keseluruhan) dengan catatan 10:03.58 saat (s), diikuti  Martin Lopez (0:05s) dan Pesenti (0:06s).

Selain merampas Jersi Hijau, Poole turut merampas Jersi Polka Dot (Raja Bukit) dengan mengutip 15 mata, memintas Anthon Charmig (12 mata) serta Martin Lopez (11 mata) dari Astana Qazaqstan Team.

Sementara itu, Jersi Jingga menjadi milik juara peringkat kedua kelmarin, Matteo Malucelli dari JCL Team UKYO dengan 22 mata mengatasi Gleb Syritsa (20 mata) dari Astana yang memegang jersi terbabit sejak peringkat pertama di Langkawi.

Muhammad Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team (TSG) turut kehilangan Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) selepas wakil JCL Team UKYO, Manabu Ishibashi berjaya menyambar jersi berkenaan.

Untuk rekod, Poole mengulangi kejayaan bekas pelumba Team dsm-firmenich PostNL, Marcel Kittel pada 2011 (juara peringkat perlumbaan) turut merangkul jersi polka dot (Raja Bukit) dengan mengumpul 15 mata selepas memenangi zon pendakian ketiga berstatus Hors Class di Brinchang.

LTdL 2024 diteruskan dengan peringkat keempat esok, bermula dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Bentong dengan jarak sejauh 131.2km yang merangkumi tiga zon pecutan di Raub, Sungai Ruan dan Sungai Klau, manakala satu zon pendakian di Gunung GAP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya