LTdL 2024: Pecutan saat akhir pacu Tarozzi takluk peringkat keenam

LTdL 2024: Pecutan saat akhir pacu Tarozzi takluk peringkat keenam

Pelumba VF Group Bardiani CSF Faizane, Manuele Tarozzi berjaya meloloskan diri daripada peloton sebelum melintasi garisan penamat untuk mengungguli perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat keenam dari Batu Pahat hingga Kulai, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pelumba VF Group Bardiani CSF Faizane, Manuele Tarozzi berjaya meloloskan diri daripada peloton sebelum melintasi garisan penamat untuk mengungguli perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 peringkat keenam dari Batu Pahat hingga Kulai, hari ini.

Atlet kelahiran Itali itu cuba dipintas oleh pelumba EF Education EasyPost, Stefan De Bod pada satu kilometer (km) terakhir, namun beliau terpaksa akur dengan kayuhan bertenaga Tarozzi untuk berada di tempat kedua manakala juara peringkat kelima semalam, Arvid De Kleijn dari Tudor Pro Cycling di carta ketiga.

Tarrozi melengkapkan perlumbaan landai sepanjang 123.4km itu dengan catatan masa dua jam 28 minit 58 saat (s) menjadikan beliau pelumba ke-36 Itali mengungguli peringkat perlumbaan LTdL.

Sementara itu, Jersi Jingga (Raja Pecut) berjaya dirampas oleh De Kleijn manakala pelumba Team dsm-firmenich PostNL kekal menyarungkan Jersi Hijau selaku pendahulu keseluruhan dengan catatan 9:02:04s, diikuti Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO (0:14s).

Jersi Polka Dot (Raja Bukit) kekal menjadi milik wakil BH Burgos, Mario Aparicio dengan 27 mata, diikuti Poole 22 mata dan Anthon Charmig dari Astana Qazaqstan Team (12 mata).

Wakil dari JCL Team UKYO, Manabu Ishibashi mengekalkan Jersi Putihnya sekali pelumba terbaik Asia dengan catatan (19:04:21s) diikuti rakan sepasukannya Yuma Koishi (2:41s) serta pelumba Aisan Racing Team di carta ketiga (2:45s).

Saingan LTdL 2024 akan diteruskan di peringkat ketujuh esok, yang akan bermula di Miri ke Bintulu sejauh 199.3km dan menawarkan tiga zon pecutan di Suai, Nyalau dan Kidurong manakala satu zon pendakian di Bintulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya